Features



Kenapa beli dari BAJUPREMIUM?


Pesanan anda amat bermakna kepada kami. Kami menawarkan khidmat kepakaran menyediakan baju tee anda dengan design tersendiri dan cantik pada harga yang berpatutan. Kami faham memang begitu sukar mendapatkan baju t-shirt rekaan sendiri dengan pilihan tanpa batasan dan hanya menempah sehelai sahaja. Memang baju tee diluar sana yang terdapat di pasaraya lagi murah, tetapi anda tiada pilihan dari segi menentukan saiz, jenis kain, design dan harga yang anda angarkan. Tidak perlu lagi memikirkan untuk membeli mesin yang mahal, tempahan yang banyak dan membuang masa hanya untuk mendapatkan sehelai baju tee kegemaran anda sahaja.


Tiada minimum kuantiti order diperlukan  

Fokus kami adalah untuk membantu membuat tee design tersendiri anda yang mempunyai kelihatan personaliti dan berbeza daripada orang lain. Itulah sebabnya kami menumpukan perhatian untuk membuat satu baju tee sahaja hanya anda sahaja yang boleh memakainya. Tiada perlu sakit kepala mencari modal yang besar serta kawan-kawan untuk hanya menempah sehelai baju anda sahaja.

Baju Berkualiti

Baju tee kami adalah 100% kapas berjenama Gildan. Kapas adalah bagus untuk kulit dan penyerapan peluh. Kami memilih baju ini berdasarkan kualiti dan bajet yang berpatutan serta baik untuk kesihatan dan keselesaan anda. Ini kerana kami juga memakainya dan ingin keselesaan dan tahan lasak serta tidak cepat mengecut setelah beberapa kali cucian. Bagi kami kualiti lagi bagus daripada kuantiti. Kami ingin meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan baju yang berkualiti tinggi pada harga yang tersangat murah. Anda boleh merujuk kepada website rasmi genuinegildan untuk maklumat yang lebih lanjut.

Go Green

Teknik kami tidak menggunakan sebarang cecair atau larutan bahan kimia yang diperlukan untuk menghasilkan reka bentuk design baju Tee. 100% bebas dari cecair kimia dan dakwat berbahaya. Kami tidak menggunakan teknik pencetakan(direct to garment) dan percetakan skrin. Jadi ianya selamat untuk alam sekitar dan pesekitaran.

Percetakan skrin kebanyakannya digunakan apabila menghasilkan beberapa barangan dengan logo atau reka bentuk yang sama pada kuantiti yang banyak. Ia adalah proses menggunakan dakwat melalui skrin yang disembur ke pakaian dengan pengering untuk mewujudkan output akhir.

Tekan panas sering disalah anggap sebagai percetakan skrin. Perbezaan antara kedua-dua adalah bahawa tekan panas menggunakan kertas vinyl yang telah dipotong dan pemanasan digunakan untuk dipindahkan pada pakaian berbanding disapu ke pakaian dengan percetakan skrin menggunakan dye.

Mengapa menggunakan tekan panas dan bukannya percetakan skrin?

Tekan panas vinyl adalah cara untuk mencipta baju individu dengan lebih cepat, bervariasi dan mudah disediakan untuk reka bentuk yang unik setiap sehelai baju tee.

Salah satu contoh yang paling biasa untuk menggunakan kertas vinyl tekan panas adalah pada nama dan nombor di belakang baju sukan(jersey) dan pakaian seragam. Kami menggunakan tekan panas untuk menghasilkan imej pada pesanan yang terlalu kecil untuk percetakan skrin.

Kertas vinyl ini juga ada keunikan tersendiri seperti pantulan(reflector), kelipan (glitter) dan bercahaya apabila gelap (glow in the dark). Kertas dan warna yang menarik menjadikan baju tee anda lebih terserlah dan berbeza dari baju tee biasa yang mengunakan cetakan DTG atau percetakan skrin. Hasil tidak mudah tanggal dan tahan mengikut ketahan garment.

100% Jaminan

Produk custom biasanya tidak datang dengan jaminan, tetapi kami lakukannya pada Kasapsky.com.my. Kami menjamin produk-produk berkualiti yang kelihatan seperti apa yang anda idamkan, cadangkan dan kami sentiasa menepati masa. Tetapi jika produk yang anda terima berbeza dari apa yang ditempah, jika ada sebarang kecatatan disebabkan oleh kesilapan kami, maka anda boleh kembalikan pesanan anda untuk pertukaran dengan produk lain dalam tempoh 7 hari setelah menerimanya. Terbukti design baju kami tidak mudah tanggal apabila dibasuh berulang kali menggunakan mesin basuh. Filem tekan panas PU (Poly-urethane) ini menggunakan media pemotongan CAD(Computer Aided Design) secara meluas untuk pakaian sukan, outdoor dan pakaian berkualiti tinggi kerana teksturnya yang lembut dan elastik serta mempunyai ciri-ciri mesra alam. Filem yang lembut, nipis dan mudah fleksibel adalah sangat bagus dan sesuai untuk kepelbagaian rekaan aksesori pakaian anda.

Pos Percuma

Kami tidak sabar menunggu untuk menyampaikan pesanan ke tangan anda. Penghantaran standard kami adalah percuma di Semenanjung Malaysia. Pesanan anda dijamin untuk sampai dalam masa 3 hari bekerja selepas produk pesanan anda diproses dan dibayar dengan lengkap. Untuk barang-barang preorder akan mengambil masa kurang daripada 2 minggu bergantung kepada stok daripada pembekal.

Harga boleh dirunding?

Ya. Kami kadang-kadang mempunyai harga yang berbeza untuk kualiti bahan dan tambahan. Ianya bergantung kepada anda. Kami tidak boleh menawarkan baju yang berkualiti tinggi dengan harga yang sangat rendah. Kami juga ada menawarkan harga borong dan harga ahli. Lebih banyak anda pesan dari kami, lebih banyak lagi diskaun ditawarkan kepada anda. "Anda membantu kami, kami akan membantu anda."

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tempahan baju anda sila hubungi kami menerusi sales@kasapsky.com.my atau sms 012-7610921 untuk pertanyaan lebih lanjut. Terima Kasih



Berita baik untuk pelanggan baru kami

Kami juga ada menawarkan baju tee sampel untuk pelanggan baru kami yang ingin mencuba produk baju tee kami. Kami menawarkan dengan harga yang berpatutan. Harga setiap satu sampel hanya RM 35 sahaja setiap satu helai termasuk kiriman pos. Anda boleh memilih samada sampel design depan atau belakang. Baju sampel ini sesuai untuk percubaan dan mengenali produk kami dengan lebih dekat dan merasai kualiti sebenar hasil produk kami. 

Contoh sampel adalah seperti berikut:

  Design di bahagian belakang S003

Untuk memilih warna baju berbeza boleh lawati bahagian produk page kami. Terima kasih

No comments:

Post a Comment